Khamis, 3 Februari 2011

Bagaimana Menjaga Bateri Laptop?

1. Bateri laptop yang baru dibeli mestilah di caj dalam tempoh paling kurang ialah 10 jam. Selepas 3-5 kali dicaj bateri akan berada di dalam keadaan yang terbaik.

2. Sebaik-baiknya bateri laptop dicaj semasa laptop anda tertutup sendiri (hibernate). Anda juga boleh mengecasnya pada bila-bila masa yang sesuai.

3. Apabila bateri anda telah di caj penuh dan anda masih ingin meneruskan penggunaan  laptop adalah lebih baik sekiranya anda menanggalkan bateri laptop anda untuk memanjangkan jangka hayatnya.

4. Jangan biarkan bateri laptop anda di caj semalaman. Sebaiknya tunggu sehingga habis caj dan cabut wayar laptop. Biasanya caj akan penuh dalam 2-3 jam bergantung pada jenis bateri dan laptop.

5. Simpan bateri anda pada suhu bilik dan elakkan dari terkena panas matahari. Sebaiknya jangan diletakkan di tepi tingkap.

6. Sekiranya bateri laptop anda tidak digunakan dalam tempoh 1-2 bulan. Adalah lebih baik anda mengecasnya terlebih dahulu.

7. Biasanya bateri anda akan mengalami pengurangan kuasanya dalam 12 ke 24 bulan, bergantung pada kekerapan penggunaan. Selepas itu anda masih boleh menggunakannya cuma ianya tidak akan bertahan lama seperimana baru. Ada juga bateri yang mengalami penurunan kuasa setelah 500 kali penggunaan.

8. Jangka hayat penggunaan bateri adalah dalam 1 ke 3 jam. Ada juga model yang boleh bertahan sehingga 10-12 jam. Sekiranya penggunaan bateri kurang dari 30 minit, anda dinasihatkan menggantikannya dengan yang baru.

Harap langkah-langkah diatas dapat membantu anda menjaga bateri laptop anda. Bagaimana pun semua langkah diatas hendaklah diambil atas risiko sendiri. Saya tidak bertanggungjawab di atas segala permasalahan yang timbul dari langkah-langkah yang saya cadangkan ini. Setakat yang saya amalkan memang tiada masalah. Sekian, terima kasih.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!!!

Isnin, 10 Januari 2011

Kaki Lima Pasaraya - Hak Pengguna Yang Diceroboh

Biasakah anda tersepit di kaki lima pasaraya? Inilah senario yang sedang giat berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Pasaraya besar di lihat berlumba-lumba menambah bilangan pasaraya mereka di Malaysia. Tetapi yang sedihnya ada diantara pasaraya ini membiarkan kaki lima pasaraya mereka diceroboh oleh golongan peniaga yang tamak tanpa mengambil kira keluasan yang sepatutnya dinikmati oleh pengguna untuk keselesaan mereka membeli belah bersama troli yang dibekalkan oleh pasaraya berkenaan.

Antara ruangan kaki lima yang diceroboh:
1. Ruangan 'food court'. Di ceroboh dengan menambahkan jumlah kedai yang menjual minuman, kuih muih, pakaian, sehinggakan meja dan kerusi yang ada terpaksa di dekatkan sehingga pengguna bersama troli tersepit di antara meja.

2. Ruangan mesin ATM. Kedai-kedai kecil didirikan berdekatan dengan mesin ATM sehinggakan bila ada seorang pengguna di mesin ATM berkenaan. Pengguna yang membawa troli tidak boleh melalui kawasan itu sehingga terpaksa menunggu pengguna mesin ATM berkenaan beredar. Barulah laluan itu selesa untuk dilalui.

3. Ruangan di dalam pasaraya. Ada pasaraya yang meletakkan barangan di tengah-tengah ruangan antara rak barangan. Ini menyukarkan pengguna untuk berselisih antara 2 troli.

4. Tempat parking kereta. Kedai menjual pakaian didirikan di tempat parking kereta yang berhampiran pintu masuk pasaraya. Menyebabkan ruangan parking kereta yang berhampiran dengan pasaraya berkurangan. Keadaan ini mengakibatkan pengguna terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari pasaraya. Ini menyukarkan bagi ibu-ibu mengandung, kerana terpaksa berjalan agak jauh.

Keadaan ini berlaku kerana sikap pasaraya yang hanya mementingkan keuntungan sahaja. Tanpa mempedulikan hak-hak pengguna untuk berbelanja dalam keadaan selesa di pasaraya berkenaan. Harap pasaraya-pasaraya yang mengamalkan sikap seperti ini, dapat mengubah laluan kaki lima di pasaraya mereka supaya lebih mesra pengguna. Kami ingin keselesaan. Bukan kesesakan dan kesempitan.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!!!

Coklat DOVE tiada label HALAL JAKIM

Saya ternampak satu coklat baru di rak sebuah stesen minyak. Jenama DOVE (macam jenama syampu la plak!). Apabila saya membeleknya didapati hanya tulisan HALAL dalam abjad jawi sahaja diletak pada pembungkusnya. Ini agak meragukan. Harap pengguna berhati-hati.



Jadilah Pengguna Yang Bijak!

Ahad, 14 November 2010

Barang Runcit di Kedai Stesen Minyak Banyak Tiada Logo Halal

Kadangkala ketika mengisi minyak kita akan singgah di kedai runcit di stesen minyak untuk membeli pelbagai jenis barang. Dan kita sering tidak perasan atau tidak ambil berat tentang logo halal jakim apabila membeli barang di kedai itu. Dengan anggapan "Bos stesen minyak ni melayu, takkan lah nak jual barang haram". Sebenarnya tanggapan remeh seperti inilah yang menyebabkan banyak orang Islam terjerat dengan benda yang tidak halal. Dalam tinjauan yang telah saya buat 10% ke 20% barangan di kedai runcit stesen minyak tidak mempunyai logo halal jakim.
1. Pelbagai jenama Chewing Gum dalam pembungkus tin, kertas, kotak atau botol plastik. Rasanya dalam 4-5 jenama Chewing Gum tidak mempunyai logo halal. Dibuat di Thailand.

2. Kuih dan Kek yang dibungkus dengan plastik hanya ada tarikh luput sahaja. Tidak mempunyai halal jakim.

3. Keropok dan kerepek yang tidak mempunyai logo halal jakim.

4. Lain-lain jenis makanan, junk food tidak mempunyai logo halal jakim.

Harap kita lebih berhati-hati selepas ini bila membeli barangan di Kedai Runcit Stesen Minyak. Pastikan logo halal jakim.

Jadilah Pengguna Yang Bijak.

Pil Chi Kit Teck Aun Tiada Halal Jakim

Rasanya ramai masyarakat Islam di Malaysia menggunakan pil chi kit teck aun untuk menghilangkan sakit perut, angin dan cirit birit. Tetapi sayangnya ramai yang tidak perasaan pil itu tidak mempunyai halal jakim mahupun halal swasta.
Saya ada membuat semakan di laman web jakim  http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW Saya telah menaip EAGLE & PAGODA BRAND - NO RESULT. Saya taip TECK AUN MEDICAL FTY SDN. BHD. - NO RESULT. Saya taip TECK AUN MEDICAL FTY SDN BHD (dengan membuang noktah (.)) - NO RESULT. Saya taip PIL CHI KIT TECK AUN - NO RESULT. Tapi bila saya taip maggi untuk produk ada 303 Halal Jakim dan untuk menu ada 12 halal jakim. Jadi saya pulangkan pada anda untuk membuat keputusan. Rasanya makan pucuk jambu batu campur garam pun boleh untuk hilangkan cirit birit. Kalau takde pucuk jambu batu pergilah ke klinik kerajaan dapatkan ubat.

Jumaat, 12 November 2010

Barangan Halal Jakim Di Tindih Dengan Halal Swasta

Saya ada melihat beberapa produk untuk membuat kuih yang mana kandungannya seperti tepung di jual di beberapa pasaraya besar di Malaysia mempunyai logo halal swasta yang ditampal pada pembungkusnya. Apabila saya tarik sedikit logo halal swasta itu ternampak tanda logo halal JAKIM yang di cetak pada pembungkusnya. Saya pun mencurigai samada syarikat itu memang tidak pernah memohon halal JAKIM sebelum ini ataupun lesen halal JAKIMnya telah tamat tempoh dan mereka telah menukar kepada lesen halal swasta. Dan kita pun tidak tahu samada lesen halal swasta yang dipohonnya itu benar atau palsu. Harap semua pengguna berhati-hati dan membuat semakan dengan pihak berwajib.
http://www.halal.gov.my/

Selasa, 12 Oktober 2010

Timing belt kereta

Semua pengguna kereta sepatutnya tahu tentang timing belt. Ramai juga yang menganggap timing belt nie tidak penting kerana jahil atau tidak ambil peduli. Ada juga kes pengguna yang tidak ambil tahu tentang jangka hayat timing belt terus menggunakannya, dan timing belt putus ketika sedang memandu kereta. Kos untuk membaikinya adalah di antara RM2,000 ke RM3,000 mengikut jenis kereta. Sedangkan harga timing belt sekitar rm70 ke rm200 mengikut jenis kereta.

Kebanyakkan timing belt yang ada dipasaran sekarang mempunyai jangka hayat 100,000 km. Tetapi dicadangkan kita mengurangkannya kepada 80,000 km, kerana mengambil kira waktu enjin kereta terpasang tetapi kereta tidak bergerak, kita memecut kereta secara mengejut dan lain-lain keadaan.

Tulislah waktu servis berikutnya di atas kertas pelekat dan tampal di bahagian dalam atas cermin kereta anda. Satu lagi yang perlu diingatkan belilah yang original mengikut model kereta anda. Jangan kerana nak murah anda beli yang tiruan. Nanti kerana nak jimat beberapa ringgit anda kena keluarkan beberapa ribu ringgit.

Jadilah Pengguna Yang Bijak

Khamis, 15 Julai 2010

Harga Makanan di Kedai Mamak

Benda ni mungkin segelintir rakyat malaysia dan mungkin dunia pernah mengalaminya. Mudah saja. Hari ni makan lauk yang sama harga sekian. Besok lusa makan lauk yang sama, harga lain, biasanya dia akan naik. Ermmm.... Pelik juga kedai mamak nie. Rata2 semua kedai mamak yang aku pernah masuk di Ipoh nie. Semuanya mcm tu. Seingat aku hanya Nasi Kandar Kayu di Tesco Extra Ipoh saja yang tidak pernah berubah harga. Cuma sekarang nie kedai tu dah tutup di gantikan dengan restoran baru.

Ada sekali tu aku makan lauk yang sama harganya RM7.30. Esoknya aku makan lauk yang sama harganya sudah naik RM8.30. Lusanya lauk yang sama lagi harganya balik asal RM7.30, kerana rasa tertipu. Aku hanya makan satu jenis lauk bila masuk kedai mamak nie.

Ada sekali tu aku ke cawangan mamak yang sama tetapi di sebelah utara. Masih makan lauk yang sama. Tapi harganya RM8.00 pulak. Mamak oooo mamak.... Sudah tukar harga ka...

Ada satu lagi iaitu maggi goreng, antara makanan kegemaran ramai di kedai mamak. Satu kedai mamak tu jual RM3.30 untuk satu maggi goreng. Satu lagi kedai mamak yang jauhnya hanya 200 meter dari kedai tadi jual RM3.00 sahaja. Benda dalam sama jer. Aku harap persatuan kedai mamak dapat standard kan benda2 yang sama mcm nie. Senang dari Perlis sampai ke Johor harga maggi goreng di Kedai Mamak adalah RM3.00. Jadi senang. Tiada percanggahan.

Sekian.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!!!

Remote Astro

Remote astro aku dah rosak setelah 10 tahun penggunaan. Lagipun dicampur dengan jatuh dan balingan tak sengaja, memang patut pun remote tu rosak. Cuma masalahnya sekarang nak beli yang baru. Aku pun belilah di kedai Jusco RM10. Tak boleh pakai sebab ada beberapa butang tidak berfungsi. Aku beli di pasar malam RM10, pun sama ada beberapa butang tak berfungsi. Aku beli lagi di Seng Heng RM10. Hanya bertahan 1 bulan, kemudian beberapa butang tak berfungsi. Aku pun dengan geramnya kerana merasa ditipu oleh remote murah yang tak ori, telah menelefon hotline astro (1300-82-3838) untuk bertanyakan di mana aku boleh dapatkan remote yang ori maka operator yang jawab tu bagi aku alamat dan no telefon kedai berkenaan.

Aku tanya berapa harga, dia jawab RM30. Bengang je aku dengar, sebab aku telah pun menghabiskan RM30 untuk membeli remote astro yang tak ori. Untuk kawasan Ipoh, remote astro yang original boleh didapati di Kedai Cnyxx, No. 5, Lintasan Perajurit 6, berdepan dengan kedai Sanyo. No telefon kedai berkenaan 05-5478989. Dekat area barisan kedai belakang Jusco, lalu ikut bawah fly-over yang menghala ke bercham. Bila aku beli remote tu, pekedai tu terus bagi aku remote astro baru yang warna biru tu. Aku cakap aku punya astro lama yang remote dia serong di depan. Dia cakap yang biru ni pun boleh guna. Dan dia bagi aku remote tu tanpa memberitahu cara nak menggunakannya. Patut dia yang explain kat aku cara guna.

Aku pun tanya dia mcmana nak guna. Dia bagitau aku tekan menu dalam 5 saat dan terus tekan butang 002. Kalau tak boleh buat lagi sekali tapi tekan 003 pulak. Balik rumah aku pun try tekan menu 5 saat diikuti 002. Tak boleh. Aku pun tukar tekan menu 5 saat dan tekan 003 sambil terus menekan butang menu. Lampu hijau kecik tu...menyala...padam...dan menyala kembali. Baru lah boleh pakai.

Pengajaran:
1. Gunakanlah barang yang original sahaja.
2. Jangan malu-malu nak telefon hotline kalau nak tau sesuatu pasal produk.
3. Jangan lupa tanya cara nak setting remote tu.

Harap post ini dapat membantu rakan2 yang lain yang menghadapi masalah yang sama macam saya. Sekian.

Jadilah pengguna yang bijak!!!