1. Bateri laptop yang baru dibeli mestilah di caj dalam tempoh paling kurang ialah 10 jam. Selepas 3-5 kali dicaj bateri akan berada di dalam keadaan yang terbaik.
2. Sebaik-baiknya bateri laptop dicaj semasa laptop anda tertutup sendiri (hibernate). Anda juga boleh mengecasnya pada bila-bila masa yang sesuai.
3. Apabila bateri anda telah di caj penuh dan anda masih ingin meneruskan penggunaan laptop adalah lebih baik sekiranya anda menanggalkan bateri laptop anda untuk memanjangkan jangka hayatnya.
4. Jangan biarkan bateri laptop anda di caj semalaman. Sebaiknya tunggu sehingga habis caj dan cabut wayar laptop. Biasanya caj akan penuh dalam 2-3 jam bergantung pada jenis bateri dan laptop.
5. Simpan bateri anda pada suhu bilik dan elakkan dari terkena panas matahari. Sebaiknya jangan diletakkan di tepi tingkap.
6. Sekiranya bateri laptop anda tidak digunakan dalam tempoh 1-2 bulan. Adalah lebih baik anda mengecasnya terlebih dahulu.
7. Biasanya bateri anda akan mengalami pengurangan kuasanya dalam 12 ke 24 bulan, bergantung pada kekerapan penggunaan. Selepas itu anda masih boleh menggunakannya cuma ianya tidak akan bertahan lama seperimana baru. Ada juga bateri yang mengalami penurunan kuasa setelah 500 kali penggunaan.
8. Jangka hayat penggunaan bateri adalah dalam 1 ke 3 jam. Ada juga model yang boleh bertahan sehingga 10-12 jam. Sekiranya penggunaan bateri kurang dari 30 minit, anda dinasihatkan menggantikannya dengan yang baru.
Harap langkah-langkah diatas dapat membantu anda menjaga bateri laptop anda. Bagaimana pun semua langkah diatas hendaklah diambil atas risiko sendiri. Saya tidak bertanggungjawab di atas segala permasalahan yang timbul dari langkah-langkah yang saya cadangkan ini. Setakat yang saya amalkan memang tiada masalah. Sekian, terima kasih.
Jadilah Pengguna Yang Bijak!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan