Saya ada melihat beberapa produk untuk membuat kuih yang mana kandungannya seperti tepung di jual di beberapa pasaraya besar di Malaysia mempunyai logo halal swasta yang ditampal pada pembungkusnya. Apabila saya tarik sedikit logo halal swasta itu ternampak tanda logo halal JAKIM yang di cetak pada pembungkusnya. Saya pun mencurigai samada syarikat itu memang tidak pernah memohon halal JAKIM sebelum ini ataupun lesen halal JAKIMnya telah tamat tempoh dan mereka telah menukar kepada lesen halal swasta. Dan kita pun tidak tahu samada lesen halal swasta yang dipohonnya itu benar atau palsu. Harap semua pengguna berhati-hati dan membuat semakan dengan pihak berwajib.
http://www.halal.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan