Khamis, 3 Februari 2011

Bagaimana Menjaga Bateri Laptop?

1. Bateri laptop yang baru dibeli mestilah di caj dalam tempoh paling kurang ialah 10 jam. Selepas 3-5 kali dicaj bateri akan berada di dalam keadaan yang terbaik.

2. Sebaik-baiknya bateri laptop dicaj semasa laptop anda tertutup sendiri (hibernate). Anda juga boleh mengecasnya pada bila-bila masa yang sesuai.

3. Apabila bateri anda telah di caj penuh dan anda masih ingin meneruskan penggunaan  laptop adalah lebih baik sekiranya anda menanggalkan bateri laptop anda untuk memanjangkan jangka hayatnya.

4. Jangan biarkan bateri laptop anda di caj semalaman. Sebaiknya tunggu sehingga habis caj dan cabut wayar laptop. Biasanya caj akan penuh dalam 2-3 jam bergantung pada jenis bateri dan laptop.

5. Simpan bateri anda pada suhu bilik dan elakkan dari terkena panas matahari. Sebaiknya jangan diletakkan di tepi tingkap.

6. Sekiranya bateri laptop anda tidak digunakan dalam tempoh 1-2 bulan. Adalah lebih baik anda mengecasnya terlebih dahulu.

7. Biasanya bateri anda akan mengalami pengurangan kuasanya dalam 12 ke 24 bulan, bergantung pada kekerapan penggunaan. Selepas itu anda masih boleh menggunakannya cuma ianya tidak akan bertahan lama seperimana baru. Ada juga bateri yang mengalami penurunan kuasa setelah 500 kali penggunaan.

8. Jangka hayat penggunaan bateri adalah dalam 1 ke 3 jam. Ada juga model yang boleh bertahan sehingga 10-12 jam. Sekiranya penggunaan bateri kurang dari 30 minit, anda dinasihatkan menggantikannya dengan yang baru.

Harap langkah-langkah diatas dapat membantu anda menjaga bateri laptop anda. Bagaimana pun semua langkah diatas hendaklah diambil atas risiko sendiri. Saya tidak bertanggungjawab di atas segala permasalahan yang timbul dari langkah-langkah yang saya cadangkan ini. Setakat yang saya amalkan memang tiada masalah. Sekian, terima kasih.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!!!

Isnin, 10 Januari 2011

Kaki Lima Pasaraya - Hak Pengguna Yang Diceroboh

Biasakah anda tersepit di kaki lima pasaraya? Inilah senario yang sedang giat berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Pasaraya besar di lihat berlumba-lumba menambah bilangan pasaraya mereka di Malaysia. Tetapi yang sedihnya ada diantara pasaraya ini membiarkan kaki lima pasaraya mereka diceroboh oleh golongan peniaga yang tamak tanpa mengambil kira keluasan yang sepatutnya dinikmati oleh pengguna untuk keselesaan mereka membeli belah bersama troli yang dibekalkan oleh pasaraya berkenaan.

Antara ruangan kaki lima yang diceroboh:
1. Ruangan 'food court'. Di ceroboh dengan menambahkan jumlah kedai yang menjual minuman, kuih muih, pakaian, sehinggakan meja dan kerusi yang ada terpaksa di dekatkan sehingga pengguna bersama troli tersepit di antara meja.

2. Ruangan mesin ATM. Kedai-kedai kecil didirikan berdekatan dengan mesin ATM sehinggakan bila ada seorang pengguna di mesin ATM berkenaan. Pengguna yang membawa troli tidak boleh melalui kawasan itu sehingga terpaksa menunggu pengguna mesin ATM berkenaan beredar. Barulah laluan itu selesa untuk dilalui.

3. Ruangan di dalam pasaraya. Ada pasaraya yang meletakkan barangan di tengah-tengah ruangan antara rak barangan. Ini menyukarkan pengguna untuk berselisih antara 2 troli.

4. Tempat parking kereta. Kedai menjual pakaian didirikan di tempat parking kereta yang berhampiran pintu masuk pasaraya. Menyebabkan ruangan parking kereta yang berhampiran dengan pasaraya berkurangan. Keadaan ini mengakibatkan pengguna terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari pasaraya. Ini menyukarkan bagi ibu-ibu mengandung, kerana terpaksa berjalan agak jauh.

Keadaan ini berlaku kerana sikap pasaraya yang hanya mementingkan keuntungan sahaja. Tanpa mempedulikan hak-hak pengguna untuk berbelanja dalam keadaan selesa di pasaraya berkenaan. Harap pasaraya-pasaraya yang mengamalkan sikap seperti ini, dapat mengubah laluan kaki lima di pasaraya mereka supaya lebih mesra pengguna. Kami ingin keselesaan. Bukan kesesakan dan kesempitan.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!!!

Coklat DOVE tiada label HALAL JAKIM

Saya ternampak satu coklat baru di rak sebuah stesen minyak. Jenama DOVE (macam jenama syampu la plak!). Apabila saya membeleknya didapati hanya tulisan HALAL dalam abjad jawi sahaja diletak pada pembungkusnya. Ini agak meragukan. Harap pengguna berhati-hati.



Jadilah Pengguna Yang Bijak!