Kadangkala ketika mengisi minyak kita akan singgah di kedai runcit di stesen minyak untuk membeli pelbagai jenis barang. Dan kita sering tidak perasan atau tidak ambil berat tentang logo halal jakim apabila membeli barang di kedai itu. Dengan anggapan "Bos stesen minyak ni melayu, takkan lah nak jual barang haram". Sebenarnya tanggapan remeh seperti inilah yang menyebabkan banyak orang Islam terjerat dengan benda yang tidak halal. Dalam tinjauan yang telah saya buat 10% ke 20% barangan di kedai runcit stesen minyak tidak mempunyai logo halal jakim.
1. Pelbagai jenama Chewing Gum dalam pembungkus tin, kertas, kotak atau botol plastik. Rasanya dalam 4-5 jenama Chewing Gum tidak mempunyai logo halal. Dibuat di Thailand.
2. Kuih dan Kek yang dibungkus dengan plastik hanya ada tarikh luput sahaja. Tidak mempunyai halal jakim.
3. Keropok dan kerepek yang tidak mempunyai logo halal jakim.
4. Lain-lain jenis makanan, junk food tidak mempunyai logo halal jakim.
Harap kita lebih berhati-hati selepas ini bila membeli barangan di Kedai Runcit Stesen Minyak. Pastikan logo halal jakim.
Jadilah Pengguna Yang Bijak.
1 ulasan:
Merkur 15C (90s/90s/90s/90s/90s/90s) Safety Razor Review - Deccasino
List of Merkur 23c Safety Razor ⋆ The Merkur 25C Safety Razor ⋆ Best deccasino Razor ⋆ Review of a Merkur 20C Safety Razor ⋆ Best Merkur 25C Safety Razor 1xbet korean ⋆ kadangpintar Best
Catat Ulasan