Kadangkala ketika mengisi minyak kita akan singgah di kedai runcit di stesen minyak untuk membeli pelbagai jenis barang. Dan kita sering tidak perasan atau tidak ambil berat tentang logo halal jakim apabila membeli barang di kedai itu. Dengan anggapan "Bos stesen minyak ni melayu, takkan lah nak jual barang haram". Sebenarnya tanggapan remeh seperti inilah yang menyebabkan banyak orang Islam terjerat dengan benda yang tidak halal. Dalam tinjauan yang telah saya buat 10% ke 20% barangan di kedai runcit stesen minyak tidak mempunyai logo halal jakim.
1. Pelbagai jenama Chewing Gum dalam pembungkus tin, kertas, kotak atau botol plastik. Rasanya dalam 4-5 jenama Chewing Gum tidak mempunyai logo halal. Dibuat di Thailand.
2. Kuih dan Kek yang dibungkus dengan plastik hanya ada tarikh luput sahaja. Tidak mempunyai halal jakim.
3. Keropok dan kerepek yang tidak mempunyai logo halal jakim.
4. Lain-lain jenis makanan, junk food tidak mempunyai logo halal jakim.
Harap kita lebih berhati-hati selepas ini bila membeli barangan di Kedai Runcit Stesen Minyak. Pastikan logo halal jakim.
Jadilah Pengguna Yang Bijak.
Cerita dan luahan hati tentang isu kepenggunaan di Malaysia. Dengan harapan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk pengguna lain di Malaysia. Jadilah Pengguna Yang Bijak!!!
Ahad, 14 November 2010
Pil Chi Kit Teck Aun Tiada Halal Jakim
Rasanya ramai masyarakat Islam di Malaysia menggunakan pil chi kit teck aun untuk menghilangkan sakit perut, angin dan cirit birit. Tetapi sayangnya ramai yang tidak perasaan pil itu tidak mempunyai halal jakim mahupun halal swasta.
Saya ada membuat semakan di laman web jakim http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW Saya telah menaip EAGLE & PAGODA BRAND - NO RESULT. Saya taip TECK AUN MEDICAL FTY SDN. BHD. - NO RESULT. Saya taip TECK AUN MEDICAL FTY SDN BHD (dengan membuang noktah (.)) - NO RESULT. Saya taip PIL CHI KIT TECK AUN - NO RESULT. Tapi bila saya taip maggi untuk produk ada 303 Halal Jakim dan untuk menu ada 12 halal jakim. Jadi saya pulangkan pada anda untuk membuat keputusan. Rasanya makan pucuk jambu batu campur garam pun boleh untuk hilangkan cirit birit. Kalau takde pucuk jambu batu pergilah ke klinik kerajaan dapatkan ubat.

Jumaat, 12 November 2010
Barangan Halal Jakim Di Tindih Dengan Halal Swasta
Saya ada melihat beberapa produk untuk membuat kuih yang mana kandungannya seperti tepung di jual di beberapa pasaraya besar di Malaysia mempunyai logo halal swasta yang ditampal pada pembungkusnya. Apabila saya tarik sedikit logo halal swasta itu ternampak tanda logo halal JAKIM yang di cetak pada pembungkusnya. Saya pun mencurigai samada syarikat itu memang tidak pernah memohon halal JAKIM sebelum ini ataupun lesen halal JAKIMnya telah tamat tempoh dan mereka telah menukar kepada lesen halal swasta. Dan kita pun tidak tahu samada lesen halal swasta yang dipohonnya itu benar atau palsu. Harap semua pengguna berhati-hati dan membuat semakan dengan pihak berwajib.
http://www.halal.gov.my/
http://www.halal.gov.my/
Langgan:
Catatan (Atom)