Remote astro aku dah rosak setelah 10 tahun penggunaan. Lagipun dicampur dengan jatuh dan balingan tak sengaja, memang patut pun remote tu rosak. Cuma masalahnya sekarang nak beli yang baru. Aku pun belilah di kedai Jusco RM10. Tak boleh pakai sebab ada beberapa butang tidak berfungsi. Aku beli di pasar malam RM10, pun sama ada beberapa butang tak berfungsi. Aku beli lagi di Seng Heng RM10. Hanya bertahan 1 bulan, kemudian beberapa butang tak berfungsi. Aku pun dengan geramnya kerana merasa ditipu oleh remote murah yang tak ori, telah menelefon hotline astro (1300-82-3838) untuk bertanyakan di mana aku boleh dapatkan remote yang ori maka operator yang jawab tu bagi aku alamat dan no telefon kedai berkenaan.
Aku tanya berapa harga, dia jawab RM30. Bengang je aku dengar, sebab aku telah pun menghabiskan RM30 untuk membeli remote astro yang tak ori. Untuk kawasan Ipoh, remote astro yang original boleh didapati di Kedai Cnyxx, No. 5, Lintasan Perajurit 6, berdepan dengan kedai Sanyo. No telefon kedai berkenaan 05-5478989. Dekat area barisan kedai belakang Jusco, lalu ikut bawah fly-over yang menghala ke bercham. Bila aku beli remote tu, pekedai tu terus bagi aku remote astro baru yang warna biru tu. Aku cakap aku punya astro lama yang remote dia serong di depan. Dia cakap yang biru ni pun boleh guna. Dan dia bagi aku remote tu tanpa memberitahu cara nak menggunakannya. Patut dia yang explain kat aku cara guna.
Aku pun tanya dia mcmana nak guna. Dia bagitau aku tekan menu dalam 5 saat dan terus tekan butang 002. Kalau tak boleh buat lagi sekali tapi tekan 003 pulak. Balik rumah aku pun try tekan menu 5 saat diikuti 002. Tak boleh. Aku pun tukar tekan menu 5 saat dan tekan 003 sambil terus menekan butang menu. Lampu hijau kecik tu...menyala...padam...dan menyala kembali. Baru lah boleh pakai.
Pengajaran:
1. Gunakanlah barang yang original sahaja.
2. Jangan malu-malu nak telefon hotline kalau nak tau sesuatu pasal produk.
3. Jangan lupa tanya cara nak setting remote tu.
Harap post ini dapat membantu rakan2 yang lain yang menghadapi masalah yang sama macam saya. Sekian.
Jadilah pengguna yang bijak!!!
8 ulasan:
thanx for d good info....may god bless u alwyz...insyaAllah
terima kasih info.......remote supersave dpt dpakai jgk ni..
Remote beli kat tesco masih bfungsi dgn baik selepas setahun lebih..hehe..
Remote astro paling latest boleh d dapati di service centre astro skang..siapa cepat dia dpt..td br dpt emel dr astro..cun design dia..hiiii..
Pe pun, tq utk info yg dberikan..terbaeekk..
Terima kasih info anda sangat berguna. ..
Mcm mna saya nk hilang buttom silen yg kecil berwarna merah tu?skrang nie sy tngok tanpa ad suaranya.ada solution tak?tq
Mungkin bkn sebab silent dr remote astro.. cuba check setting tv, mungkin silent atau volume tv tu set 0..
Tekan menu masa dah pasang tv atau belum?
Astro dh untung pnya bnyk byr bln2, ko renew r remote astro 3/5tahun skli...
Catat Ulasan